YouTuber Aiman Nasir Wynne, 24, sanggup meninggalkan United Kingdom (UK) demi Malaysia.
Pemuda kacukan British dan Kelantan ini menempa populariti menerusi saluran YouTube ‘Aiman Kecek Kelate’ yang mempunyai lebih 109,000 langganan.
“Saya pernah datang ke Malaysia pada usia 16 tahun dan saya menggemarinya. Kemudian tahun seterusnya saya ke Malaysia lagi dan tinggal di sini kira-kira dua bulan.
“Saya ada perancangan untuk nekad tinggal di sini, tetapi kerana pandemik Covid-19, saya tinggal di UK dahulu. Jadi macam mana nak berinteraksi dengan orang Kelantan tetapi tinggal di UK?
“Maka saya buatlah video dan muat naik di YouTube untuk memberitahu betapa saya cintakan Malaysia. Saya tak sangka ia mendapat sambutan.
“Sekarang ini saya dalam proses untuk mengenali diri saya dia. My other side. Jadi saya mohon peminat saya untuk mengajar saya ‘kecek Kelate’ kerana saya tak boleh nak belajar sendiri,” katanya.
Berada di bawah syarikat pengurusan bakat Mask Team, Aiman juga berhajat untuk serius menceburi bidang lakonan dan pengacaraan di masa akan datang.
“Saya belum lagi fasih berbahasa Melayu, baru saja nak mula dan sebenarnya ia akan jadi lebih mudah jika orang bercakap Melayu dengan saya. Kalau belajar sendiri seperti di sekolah, ia akan mengambil masa yang sangat lama, mungkin sampai empat tahun.
“Bagi saya, cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa adalah dengan bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari. Dahulu, ketika membesar, saya bercakap dalam Inggeris, kemudian saya belajar pula ‘kecek Kelate’.
“Sekarang saya mahu belajar bahasa Melayu kerana saya mahu sertau dunia hiburan. Saya nak jadi pengacara dan pelakon di masa akan datang. Jadi Bahasa Melayu itu wajib!” katanya lagi.
SUMBER : PADIN,XTRA. 24 / 2 / 2022
Comments