top of page
Search
Writer's pictureireen zairi

Teater Maduku Terpaling Kalut 'trending' di Twitter


Petaling Jaya : Hari pertama pementasan teater Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya, 1 Utama, di sini, malam semalam, menerima reaksi positif apabila menjadi 'trending' di Twitter.

Pementasan yang dihadiri lebih 200 penonton itu berjaya menghiburkan hati penonton dengan aksi penuh bertenaga barisan pelakon.

Penerbitnya, Mohd Amer Syafiq Khalip berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan pementasan Maduku Terpaling Kalut menjadi topik 'trending' di laman sosial.

"Alhamdulillah, saya tak sangka teater ini mendapat maklum balas positif. Malam pertama persembahan mendapat sambutan menggalakkan sehingga trending di Twitter.

"Ini adalah satu permulaan yang baik memandangkan teater ini masih berbaki lima persembahan sehingga Ahad ini.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya kepada tenaga produksi serta barisan pelakon yang komited dalam menjayakan pementasan ini," katanya.

Menurut Amer, pasukan produksi mempunyai perancangan untuk membawa pementasan teater itu menjelajah luar dari Lembah Klang.

"Ramai peminat di luar bandar yang menyuarakan hasrat untuk menonton teater ini tetapi ia tidak kesampaian memandangkan mereka berada di negeri lain.

"Insya-Allah, jika kita menerima banyak maklum balas positif, teater ini akan menjelajah negeri-negeri lain pada awal tahun depan. Doakan agar apa yang dirancang menjadi realiti," katanya.

Difahamkam, penjualan tiket untuk menyaksikan pementasan teater terbabit sudah hampir terjual.

Teater Maduku Terpaling Kalut adalah naskhah yang dipentaskan buat kali ketiga dengan menampilkan pelakon popular seperti Anna Jobling, Azrel Ismail, Puteri Sarah serta tiga pelakon baru iaitu Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Sumber: NAJIY JEFRI, MYMETRO. 30/09/2022


2 views0 comments

Comentários


bottom of page