top of page
Search
Writer's pictureireen zairi

One Cent Thief: Pertembungan ‘Kuasa Jahat’ Sofia Jane & ‘Genius Hacker’ Syafiq Kyle


Ada keterujaan yang bersinar terang dalam bola mata kedua orang pesohor seni yang mengisi edisi G The Untold Story ini.

Seorang aktres wanita dengan segudang tangga kualiti dan kini semakin disegani.

Menyebut saja sepotong nama Sofia Jane, baik karyawan seni, media massa mahu pun khalayak akan pantas terpesona dengan senyum mekar wajah cantik wanita yang disifatkan banyak peminatnya sebagai ‘vampire’ lantara tidak dimamah usia.


Lewat beantika seni yang menjadi kecantikannya, kredibiliti Sofia masih dalam piawaian yang baik meski beliau hanya sesekali mempamer bakat kebelakangan ini.

Sama seperti yang dipamerkan beliau lewat naskhah hebat yang dicipta dan ditulis Alfie Palermo, One Cent Thief, roh Ibu Zara, karakter yang dimainkan Sofia kelihatan begitu meyakinkan dan cemerlang.

Apa lagi ‘ikan bilis’ yang menjadi mangsa kerasukan Ibu Zara adalah Iman Shah, lakonan yang cukup mantap dihadirkan oleh si pencuri hati, Syafiq Kyle.

Syafiq Kyle sebagai Iman Shah pekerja bank yang naif menggunakan otak geniusnya untuk menggodam sistem perbankan hanya untuk mencuri 1 sen yang mungkin pada masa kini sudah tidak dipandang nilai, menjalankan kerja lakonannya dengan penuh dedikasi ; dan sejak episod pertama sehingga kini, Syafiq berjaya membawa isu ‘bermula segala kejahatan’ dengan penuh debaran.

Sofia dan Syafiq berbicara mengenai drama premium One Cent Thief (Pencuri Satu Sen) yang diinspirasikan dari kisah benar serta buah fikiran mereka tentang dunia hiburan dan generasi Z kepada G The Untold Story.

G The Untold Story: Hi Syafiq, boleh kongsikan bagaimana anda bersetuju untuk terbabit dalam One Cent Thief yang semakin menjadi bualan hangat sekarang ini. Peminat memberi respons cukup positif terhadap naskhah ini. Adakah anda bangga menjadi Iman Shah si penggodam yang terperangkap kerana kebijaksanaan diri?

SYAFIQ KYLE: Saya sudah dilamar Alfie untuk bermain dalam naskhah ini sejak tahun lepas. Katanya ia tentang cerita pencuri satu sen tapi semuanya masih belum sempurna. Ini sesuatu yang baru untuk saya, sebab sudah banyak bawa drama yang ringan dan cintan cintun.

Saya buat video casting semata mata untuk sempurnakan semuanya dan saya terima tawaran tanpa solid skrip sehingga episod lapan.



Saya sebenarnya goyang baca skrip cerita ini. Sebab saya tak sangka ia sebuah naskhah aksi. Saya ingat saya pekerja bank yang duduk dalam bank dan sekadar menggodam dan tiou orang. Tapi ada elemen yang berbeza, ada aksi, thriller, isu, memang gila. Susah nak dapat skrip macam ini di Malaysia, apa lagi untuk ditayangkan di televisyen.

Saya boleh cakap nak dapat skrip macam ini tiga hingga empat tahun sekali pun susah. Jadi saya tak mahu lepaskan peluang terbabit dari siri Astro Original ini dan tolak benda lain untuk habiskan projek ini.

Jadi apabila naskhah dan watak saya disukai, ia adalah sebuah kejayaan dari seluruh tenaga kerja dan barisan pelakon lain juga.

Penggodam atau perompak, mana pilihan Syafiq?

G The Untold Story: Mana lagi susah jadi penggodam atau perompak? Menekan papan kekunci curi satu sen atau menembak?


SYAFIQ KYLE: Jadi hacker lagi susah sebab untuk menggodam kita perlu betul betul pandai. Kita kena tahu selok belok, menipu, pandai berlakon, pandai buat buat tak tahu. Jadi hacker memang sangat mencabar. Dan merompak satu bank, walau hanya ambil satu sen dari setiap akaun di bank,

Saya rasa cool jadi hacker sebenarnya, tapi tidak akan berani buat jenayah macam ini. Misalnya kalau saya kerja bank, saya tahu bank akan biarkan saja saya ambil satu sen dengan menggodam, tapi akan dipantau terus sehingga satu masa saya tetap akan tertangkap.

Berbanding penjenayah, rompak dan dapat, kemudian chow misalnya, barulah diburu pihak berkuasa. Jadi sebenarnya persiapan menjadi hacker ini saya rasa lebih banyak dari penjenayah.

G The Untold Story: Apa ilmu yang anda dapat dalam pembabitan One Cent Thief biarpun ia hanya ditayangkan sebanyak lapan episod?

SYAFIQ KYLE: Saya belajar banyak terutama isu bank. Banyak rahisa yang dikongsi bersama saya. Saya perlu tahu benda ini, (kerahasiaan) biarpun berlakon. Misalnya kenapa sistem tidak berfungsi, adakah sebab kena godam atau ia memang benar benar tidak berfungsi. Dan kenapa out of service. Semua itu saya perlu tahu supaya lakonan tidak kosong. Tapi serius saya sangat enjoy terima ilmu baharu ini.

G The Untold Story: One Cent Thief ditaburi banyak bintang gred A. ada Sofia Jane, Faizal Hussein malah Amirul Affendy. Bagaimana pengalaman ‘bermain’ dengan mereka?

SYAFIQ KYLE: Ya, semua aktor dan aktres hebat ada dalam naskhah ini seperti Sofia Jane dengan Ibu Zara, Faizal Hussein sebagai Ayah dan Amirul Affendy atau Kadak.

Kadak paling banyak babak dengan saya. Saya sudah tepuk kepala bila tahu ada Amirul Affendy, bukan tak suka, tapi sebab dia Amirul Affendy.

Amirul sangat baik, dia pun susah nak dapat watak side kick yang macam tu. dia banyak ajar saya dari segi persepsi dan dua minggu kami buat preparation, cara berjalan, duduk, bercakap, dia banyak ilmu tentang itu, jadi saya ambil semua ilmu itu. Dan di set kami grow saya beruntung dapat bekerja dengan orang hebat dan mahu bekerja dengan saya.

G The Untold Story: One Cent Thief mungkin memberi banyak persepsi kepada penonton. Ia mungkin boleh dijadikan rujukan untuk melakukan jenayah. Tapi dari sisi lain sebenarnya apa yang anda mahu hasil dari naskhah ini kepada masyarakat?



SYAFIQ KYLE: Secara peribadi, jika saya penonton, saya mahu tahu perjalanan seseorang, dengan apa yang dibuat, sama seperti apa yang Kak Sofia katakan.

Sebagai Iman, saya banyak belajar dengan Iaman, pasal duit, perspektif kita tentang adakah duit segala galanya atau bukan. Atau adakah kesempitan dan duit adalah permulaan kepada semua kejahatan.

Penonton akan dapat banyak pengajaran jika ikut sehingga akhir. Dengan Ibu Zara, Abah, banyak watak jahat, macam macam. Setiap sesuatu terasa sangat realiti. Produksi membina bank sendiri malah sekecil buku dan pen juga dihasilkan sendiri. Saya cukup salute dan berterima kasih kepada semua pekerja.

G The Untold Story: Kemunculan One Cent Thief mungkin kebetulan dengan semaraknya isu scammer dalam talian. Anda rasa, adakah scammer ini berkait dengan ‘orang dalam’, sama seperti seorang hacker menggodam sistem?

SYAFIQ KYLE: Scammer pada saya penuh dengan tipu helah. Jujurnya saya tidak pandai ke arah ini tapi saya percaya scam berkait dengan orang dala dari segi data sesorang misalnya. Tapi kita tak boleh menuduh.

Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam!

One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104). Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). Whatsapp “Nak Astro” ke 03-95433838.


Sumber: Maliah Surip, Gempak. 23/10/2022.


7 views0 comments

Comentarios


bottom of page