Pelakon jelita, Anna Jobling berkongsi bahawa dia bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia bagi menjalani penggambaran dalam sebuah siri terbaharu di plarform Over-The-Top (OTT), MNC TV.
Susulan itu, Anna akan menetap di Bali, Indonesia lebih sebulan atas urusan penggambaran yang mana sebelum ini dia terpaksa menolak tawaran ekoran jadual yang padat.
"Setelah beberapa projek yang Anna terpaksa tolak pada enam bulan pertama 2023, Anna sangat gembira untuk menerima dan membintangi naskhah terbitan negara seberang kali ini kerana waktu penggambaran serta watak yang ditawarkan bersesuaian, lagi-lagi Anna akan tinggal di Bali lebih daripada sebulan.
"Ini merupakan pengalaman pertama Anna bekerjasama dengan produksi Indonesia. Tambahan pula, salah seorang pelakon kegemaran Anna iaitu
Pevita Pearce merupakan salah seorang pengarah drama OTT ini. Perasaan pastilah takut dan teruja, ter@tamanya Anna haru memperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia sera menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia," ujarnya.
Walaubagaimanapun, bekerjasama dengan negara luar bukanlah sesuatu yang mudah di mana nama baik tanah air turut digalas kerana sebelum ini pernah timbul isu mengenai pelakon Malaysia bermasalah.
Ujarnya, dia akan menjaga dirinya sebaik mungkin ketika di Indonesia malah dia mengakui bahawa dia tidak akan lupa diri.
"Anna rasa dekat sana (Indonesia) dia punya industri agak berbeza dari Malaysia. Malaysia lebih konservatif dan lebih sopan. Jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk jaga diri sebagai rakyat Malaysia sebab say masih dari Malaysia. Anna memang takkan lupa diri," katanya
Anna ditemui pada majlis Blooming Night with Anna Jobling yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Pada perkembangan lain, pelakon drama Melur untuk Firdaus ini tercalon dalam dua kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Sumber: Atiqah Johari, Xtra. 7/6/2023
Comments