top of page
Search
Writer's pictureireen zairi

Anna Jobling Ke Indonesia Bagi Persediaan Duta Produk, Sempat Selit Kerja Amal Dengan Peminat



Negara seberang, Indonesia sudah boleh diibaratkan sebagai rumah kedua buat pelakon jelita, Anna Jobling yang sedah beberapa kali melakukan kunjungan ke sana atas tuntutan kerja.


Namun baru-baru ini, Anna yang mengecapi populariti dalam kalangan peminat di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus tidak ditemani rakan gandingannya, Meerqeen. Sebaliknya, dia ke sana atas undangan sebagai duta terbaru jenama kecantikan Ms Glow Beauty.


“Saya di sana bukanlah untuk jalan-jalan. Saya ada penggambaran di sana sebab saya baru sahaja menjadi duta jenama kecantikan kulit. Ms. Glow. Ia merupakan salah satu jenama kecantikan terbesar di Indonesia dan kini bakal memasuki pasaran Malaysia.


“Jadi mereka telah melantik saya untuk menjadi duta pertamanya di Malaysia dan juga bagi pasaran di sana.


“Saya ke sana untuk bertemu pengasas produk dan pada masa yang sama, saya ambil kesempatan untuk merancang projek masa akan datang di Indonesia,” kongsinya sewaktu ditemui baru-baru ini.


Ini bukanlah jenama pertama yang melantiknya sebagai duta produk. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan Anna disunting oleh usahawanita kelahiran Indonesia, Tya Ariffin untuk jenama produk berasaskan jamu, Mutyara Beauty.


Apabila dilantik sebagai duta oleh beberapa jenama produk sekaligus, tidakkah Anna merasa sedikit tertekan memandangkan dia kini menjadi harapan jenama-jenama berkenaan sebagai wajah frontier mereka.

“Tentunya tekanan sebagai seorang duta itu dirasai kerana saya bukan saja mewakili diri sendiri tetapi juga mewakili jenama berkenaan. Sebagai duta, saya membawa imej baik mereka dan perlu memerhatikan tingkah laku harian serta pertuturan. Just need to be extra careful,” katanya.


Di sana, Anna juga sempat menyelitkan slot bagi menemui peminanya di sana yang menjadi tunjang belakang ke atas graf kerjaya memuncaknya setakat ini.


“Saya sempat menemui kelab peminat Meerna’s Gang dan Anna J Twitter Gang di mana mereka mengadakan satu acara kerja amal. Kami telah memberikan makanan kepada golongan gelandangan di Jakarta dan ia benar-benar menyentuh hati saya,” tambahnya.


Anna ditemui sewaktu majlis pelancaran butik sulung jenama wangian Creed di Pavilion Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, Anna sempat memberitahu REMAJA mengenai varian kegemarannya.

"Saya suka bau wangian yang dikeluarkan oleh Creed kerana ia malar segar, mampu bertahan lama dan sesiapa sahaja boleh menyembur pada badan mereka tidak kira lelaki ataupun wanita.


“Baunya juga sangat unik dan tidak boleh didapati pada jenama wangian lain. Antara varian kegemaran saya ialah Silver Mountain Water – it is really good dan saya pun sukar untuk gambarkan baunya. Satu lagi ialah Aventus bagi mereka yang menggemari not bunga-bungaan,” ujarnya.


Sumber: FZ, REMAJA. 05/12/2022

6 views0 comments

Comments


bottom of page