top of page
Search
Writer's picturefurramaskteam

Anna Jobling dominasi Top 5 ABPBH 35


KUALA LUMPUR: Fenomena drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang merentas sempadan hingga Indonesia membawa tuah kepada Anna Jobling apabila aktres jelita ini mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang diumumkan, hari ini.


Anna atau nama penuh, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menerima empat pencalonan iaitu dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular bersama gandingannya dalam drama sensasi itu, Meerqeen.


Malah, drama Melur Untuk Firdaus yang disiarkan slot Akasia TV3, bolos kategori sampingan, Ekstra! iaitu Drama Popular dan bersaing dengan empat calon lain iaitu Bisik-Bisik Gelora, Kisah Cinta Kita, Rindu Awak Separuh Nyawa 2 dan Sekali Lagi Cinta Kembali.


Mengikuti rapat Anna adalah tujuh selebriti yang masing-masing menerima tiga pencalonan.


Mereka adalah pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 34, Janna Nick; pelawak dan pelakon, Zizan Razak; Meerqeen; Aedy Ashraf, pasangan pelakon drama Bisik-Bisik Gelora, Raysha Rizrose dan Redza Rosli serta Siti Khadijah Halim.

ABPBH 35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan pusingan pertama dibuka.


Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.


Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 mengumumkan pengeluar produk kesihatan wanita, Fellera Skin sebagai penaja utama.


Sumber: Farihad Shalla Mahmud, BH Online. 20/6/2023

7 views0 comments

Kommentarer


bottom of page