top of page
Search
Writer's pictureireen zairi

Anna Jobling diserbu peminat Indonesia


Kuala Lumpur: Pelakon Anna Jobling bersedia untuk melebarkan sayap lakonannya di Indonesia selepas drama Melur Untuk Firdaus mencetuskan fenomena di negara itu.

Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia juga bersedia untuk menetap di sana sebagai persediaan dalam merangka kerjaya seninya.

"Kalau dapat tawaran berlakon di Indonesia, saya sangat gembira dan memang nak. Saya memang menunggu tawaran itu. Mungkin boleh mula dengan platform 'over the top' (OTT), filem dan barulah sinetron atau drama. Apa saja, saya okay dan suka untuk buat.

"Untuk menetap di sini (Indonesia) pula, kalau ada perancangan yang rapi dan kita bincang dulu mengenai apa yang kita nak buat. Tak kisah nak 'base' di sini dan berapa lama," katanya kepada Harian Metro.

Anna berada di Jakarta, Indonesia bagi memenuhi undangan temu bual media, sesi bertemu peminat dan beberapa jemputan program TV di Trans TV dan Trans 7.

Selain Anna, turut serta adalah hero drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen.

Berkongsi mengenai sambutan luar biasa peminat di sana, Anna bersyukur dan tidak menjangka mereka diserbu setibanya di lapangan terbang.

"Saya tak sangka ada ramai peminat yang datang menyambut ketibaan kami di lapangan terbang. Ingatkan dalam 20 orang, tapi ramai. Semua datang dan ambil gambar. Mereka sangat baik dan ramah dengan saya. Saya macam tak sangka ada peminat macam tu di sini. Saya sangat bersyukur.

"Peminat yang datang bukan saja dari Jakarta, tapi ada dari Sulawesi, Kalimantan dan Bandung yang nak berjumpa kami di lapangan terbang. Mereka juga membawa hadiah sempena hari jadi saya dan makanan," katanya.

Sumber: SUDIRMAN MOHD TAHIR, SUDIRMAN MOHD TAHIR. 16/08/2022


1 view0 comments

Comments


bottom of page