POPULARITI diraih pelakon Meerqeen dan Anna Jobling menerusi Melur Untuk Firdaus mendapat pengiktirafan apabila muncul sebagai pemenang kategori Pasangan Drama Terbaik dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, kemenangan itu membuktikan gandingan mereka bukan sekadar meraih tempt di hati peminat malah menambat juri anugerah berkenaan.
"Keserasian antara pelakon sangat penting... Saya dan Meerqeen pernah berlakon sama sebelum drama ini. Mungkin sebab itu kami serasi.
"Bekerja dengan Meerqeen sangat mudah. Kami serasi di lokasi dan boleh menghidupkan watak diberikan," ujarnya.
Selain kategori berkenaan, Anna turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Popular manakala Melur Untuk Firdaus turut menerima trofi Drama Adaptasi Novel Terbaik.
Dalam pada itu, Meerqeen turut meluahkan rasa syukur dengan kemenangan tersebut dan menganggap Anna sebagai gandingan terbaik dalam drama.
"Senang dapat heroin yang mudah bekerjasama. Mungkin sebab sambutan drama ini memberi peluang kepada kami. Anugerah in juga adalah untuk mereka yang selalu menyokong kami berdua," ujarnya.
Sumber: Farol Hadi, MSTAR. 13/3/2023
Comments